SELAMAT DATANG KE KERETA MAMPU SEWA NH VISION

TERKINI

TRENDY

JIMAT

HUBUNGI KAMI NH VISION UNTUK TEMPAH KERETA SEWA ANDA SEKARANG

SEDIA UNTUK DISEWA

Terma & Syarat

Baca terma & syarat kami sebelum membuat sebarang tempahan

Pilih Kenderaan

Pilih kenderaan yang sesuai untuk pengunaan anda

Hubungi Kami

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi kami atau whatsapp kami di 019 3718734

Pembayaran

Terdapat 2 cara pembayaran iaitu secara bank transfer ataupun tunai ketika pengambilan kenderaan

Syarat-Syarat dan Perjanjian Penyewa / Pemimjam Kereta Sewa

Tempoh minima sewa adalah 1 hari atau 24jam.

Pembayaran

  • Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Security Deposit perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan samaada melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
  • Security Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik dan sebagainya.
  • Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM200 sebagai booking fee atau “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh penyewaan.
  • Untuk tempahan juga, tempoh minimum penyewaan ialah 2 hari pada hari biasa. Dan minimum tempoh sewaan berbeza pada hari perayaan dan cuti sekolah. Sila hubungi kami.
  • Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dikenakan caj tambahan (bergantung kepada jenis kereta). Jadi untuk mengelakkan anda dikenakan cas sewaan yang tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewa pada kadar yang lebih baik.

Syarat Pemandu

  • Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  • Sihat tubuh badan dan waras.
  • Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.
  • Salinan Lesen Memandu penyewa.
  • Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).
  • Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB, bil air dll).
  •  Bisnes kad jika ada.
  • Kad Pelajar jika seorang pelajar.

Saman

  • Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.

Syarat & Larangan Ketika Menyewa Kereta

  • Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  • Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  • Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci.
  • Sentiasa mematuhi isyarat dan had laju maksima ketika memandu kerana kami pantau kenderaan kami dengan GPS tracker. Gagal untuk menurut arahan kami, security deposit tidak akan dipulangkan.
  • Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
  • Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
  • Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.

* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.

Home | Pasir GudangJohor Bahru

About | Promosi |

20

Jenis Model

50

Unit Tersedia

1000

Orang Pelanggan

2

Tahun Beroperasi

PROMOSI TERKINI

Promosi Raya

Available units for Raya Booking Myvi 4 units Alza 1 unit Untuk sebarang tempahan boleh terus menghubungi kami 😃 Shahrul […]

Promosi Warga JDT

PENGUMUMAN: Warga JDT, anda kini boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa bersama kami (Kereta Mampu Sewa) di sekitar Pasir Gudang dan […]

Need a car for your vacation?

Need a car for your vacation? Come visit us and get yours today ! ! ! Gombak | Taman Melati […]

Promosi Cuti Sekolah

[ CUTI SEKOLAH DAH NAK MULA ! ] Disebabkan sepanjang bulan ni KMS telah mengadakan PROMOSI sempena nak CUTI SEKOLAH […]

Testimoni Pelanggan Kami